Karier pengurusan Alan Pardew

Reading

Pengalaman pertama Pardew sebagai pengurus datang pada bulan Mac 1998 apabila dia dilantik sebagai pengurus sementara selepas pemergian Bullivant.[6] Perlawanan pertama di bawah kendaliannya ialah ketika menentang Huddersfield Town pada 21 Mac 1998, dimana Reading kalah 0–2.[7][8] Selepas pelantikan Tommy Burns, dia kekal sebagai pengurus pasukan simpanan sehingga akhir musim 1998–99, dimana Reading membubarkan pasukan simpanan mereka.[9] Walaupun begitu, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus selepas keputusan yang cemerlang ketika menjadi pengurus sementara pada tahun 1999. Dia menukarkan kelab daripada berjuang untuk penyingkiran kepada calon-calon promosi dengan pemain seperti Jamie Cureton, dan rejimnya untuk menaikkan kecergasan skuad.

Skuad Pardew tewas 3–2 kepada Walsall dalam perlawanan akhir play-off Divisyen Dua pada musim 2000-01, tetapi mereka berjaya bangkit pada musim berikutnya dengan layak secara automatic ke Divisyen Satu. Musim pertama Pardew dalam Divisyen Satu agak memberansangkan selepas kelabnya menduduki tempat keempat dalam liga. Mereka kalah dalam perlawanan play-off sekali lagi, kali ini kepada Wolverhampton Wanderers. Pardew mula mendapat reputasi sebagai salah seorang pengurus muda terbaik.

West Ham United

Alan Pardew pada tahun 2006, sebagai pengurus West Ham United

Pada awal musim 2003–04, West Ham United meminta kebenaran Reading untuk melantik Pardew sebagai pengurus baru mereka. Walaupun Reading enggan memberi kebenaran, Pardew mengosongkan jawatannya. Akhirnya, perjanjian berjaya dicapai membolehkan Pardew menjadi pengurus di West Ham.[10]

Musim pertama Pardew di West Ham menyaksikan mereka kalh perlawanan akhir play-off kepada bekas kelabnya, Crystal Palace.[11] Dalam musim 2004–05, West Ham bergelut untuk mencapai promosi, dengan Pardew mendapat tekanan daripadanya penyokong kelab itu.[12] West Ham akhirnya mendapat promosi ke Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Preston North End F.C.|Preston North End]] dalam perlawanan akhir play-off.[13] Pardew membawa Hammers menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2005–06, termasuk layak ke perlawanan akhir Piala FA. Selepas terikat 3-3 pada akhir masa tambahan , West Ham kalah menerusi penentuan penalti,[14]. Ini merupakan kekalahan kedua perlawanan akhir Piala FA dalam karier Pardew.

Pada musim 2006–07, Pardew dikritik kerana West Ham mengalami tempoh terburuk dalam hampir 70 tahun yang menyaksikan mereka terkeluar seawal pusingan pertama Piala UEFA kepada Palermo [15] dan kekalahan dalam Piala Liga kepada Chesterfield.[16] Pemilik baru West Ham menyatakan sokongan mereka kepada Pardew,[17] tetapi pada 11 Disember 2006, selepas kekalahan 4–0 kepada Bolton Wanderers pada minggu sebelumnya, ianya telah diumumkan bahawa Pardew telah dipecat oleh West Ham.[18]

Charlton Athletic

Kehilangan Pardew daripada pengurusan hanya kekal kurang daripada dua minggu selepas dia dilantik sebagai pengurus Charlton Athletic pada Hari Krismas tahun 2006, menandatangani kontrak tiga tahun setengah.ref>Reed Leaves Charlton Sporting Life. Retrieved 21 December 2006; Includes link to interview in RealVideo format</ref> Dia mengambil alih Charlton ketika mereka berada di tempat ke-19 dalam liga dengan cuma 12 mata dan a –20 perbezaan gol. Walaupun prestasi Charlton meningkat dibawah kendalian Pardew,[19] dia gagal membantu Charlton kekal dalam liga, menyebabkan penyingkiran liga pertama dalam kariernya.[20]

Ramai menjangkakan Charlton akan bangkit daripada penyingkiran dengan pembelian pemain seperti Chris Iwelumo dan Luke Varney pada musim 2007–08. Tetapi Charlton gagal untuk meraih tempat promosi selepas menduduki tempat ke-11. Ini meletakkan Pardew dalam tekanan memasuki musim 2008–09 tetapi Charlton bermula dengan baik selepas kemenangan ke atas Reading dan Swansea. Walau bagaimanapun, prestasi Charlton segera menurun dan mereka hampir berada di bawahan liga selepas 8 perlawanan tanpa kemenangan. Selepas kekalahan 5–2 kepada Sheffield United, ratusan penyokong kekal di stadium selama lebih dari satu jam untuk mengutuk pengurus mereka, melaungkan, "Kami mahu Pardew keluar" dan "Kami mahu kelab kami semula" selepas Charlton jatuh ke tempat tiga terbawah.[21][22] Pada 22 November 2008, Pardew meninggalkan Charlton dengan persetujuan bersama.[23]

Southampton

Pardew dinamakan sebagai pengurus baru Southampton pada 17 Julai 2009,[24] selepas pemilik baru Markus Liebherr memecat Mark Wotte sehari selepas menyelesaikan perjanjian untuk menyelamatkan The Saints. Pembelian pertama Pardew adalah Dan Harding yang menyertai secara perpindahan percuma selepas dilepaskan Ipswich Town. Perlawanan pertama kendaliannya adalah ketika menentang Millwall pada 8 Ogos yang berakhir dengan keputusan 1-1. Dia membawa masuk ramai pemain baru termasuk penyerang Rickie Lambert dan Lee Barnard.[25] Pardew membawa pasukannya ke tempat atasan League One, dan, walaupun selepas ditolak 10 mata, cabaran mereka untuk tempat playoff hidup sehingga hanya tinggal baki dua perlawanan.

Pardew membawa Southampton ke perlawanan akhir trofi Football League 2010 di Wembley dimana mereka menang 4–1 ke atas Carlisle United. Kemenangan itu memberikan kelab itu trofi pertama sejak tahun 1976. Lima bulan kemudian, Pardew dilepaskan oleh kelab,[26][27] selepas laporan terhadap moral rendah kakitangan dan konflik diantara Pardew dan pengerusi kelab, Nicola Cortese.[28][29]

Newcastle United

Pada 6 Disember 2010, Chris Hughton dipecat sebagai pengurus Newcastle United.[30] Tiga hari kemudiannya, kelab itu mengesahkan Pardew sebagai pengurus baru kelab dengan perjanjian 5+1⁄2 tahun. Sky Sports melaporkan bahawa 40,000 penyokong mengambil bahagian dalam undi untuk menentukan siapakah yang patut menjadi pengurus seterusnya, Pardew hanya mendapat undi sebanyak 5.5%.[31]

Pardew (depan, berdiri) sebagai pengurus Newcastle United

Dalam perlawanan pertama di bawah kendaliannya, Newcastle menang 3–1 ke atas Liverpool di St James' Park pada 11 Disember 2010 dengan gol dari Kevin Nolan, Joey Barton and Andy Carroll.[32] Dalam perlawanan pertama di tempat sendiri pada tahun 2011, dia mencatat kemenangan 5–0 ke atas bekas kelabnya, West Ham United.[33] Dia melantik John Carver sebagai pembantu pengurus,[34] yang bekerja sebagai pembantu Sir Bobby Robson enam tahun sebelumnya. Andy Woodman juga dilantik sebagai jurulatih penjaga gol. Tidak lama selepas itu, Pardew mengalami salah satu kekalahan paling memalukan dalam sejarah kelab apabila Newcastle tewas 3–1 kepada pasukan League 2, Stevenage dalam pusingan ke-3 Piala FA.[35]

Walau bagaimanapun, pada bulan berikutnya Pardew membawa Magpies seri 4–4 dengan Arsenal pada 5 Februari 2011. Newcastle ketinggalan 4–0 pada separuh masa pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan.[36][37] Dia berjaya membawa Newcastle di tempat yang selamat dalam liga dengan kemenangan 2–1 ke atas Birmingham City pada 7 Mei 2011 meletakkan kelab di pertengahan liga. Keputusan ini disusuli dengan keputusan seri 2–2 menentang Chelsea dan seri 3–3 menentang West Brom di St. James' Park. Walau bagaimanapun, dalam perlawanan ini mereka mendahului 3–0 tetapi gagal mempertahankan kedudukan.

Pada musim panas tahun 2011, Pardew membeli ramai pemain Perancis seperti Yohan Cabaye, Sylvain Marveaux dan pemain Senegal kelahiran Perancis, Demba Ba.[38] Pada permulaan musim 2011–12, Pardew membawa Newcastle kepada permulaan terbaik mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris, dengan rekod tanpa kalah sebelas perlawanan dalam semua pertandingan.[39]

Pada bulan Januari 2012, Pardew menandatangani penyerang Senegal, Papiss Cissé dari kelab Bundesliga, SC Freiburg. Ini merupakan salah satu pembelian penting dalam kebangkitan semula Newcastle, selepas pemain itu menjaringkan 13 gol dalam 12 perlawanan.

Dua hari sebelum perlawanan terakhir musim, Pardew memenangi anugerah Pengurus Terbaik Musim Liga Perdana Inggeris, menjadikannya pengurus Newcastle United pertama untuk memenangi anugerah ini. Dia diberi anugerah itu selepas musim yang mengagumkan bersama Newcastle dimana dia membimbing mereka layak ke pertandingan Eropah.[40] Dia juga memenangi anugerah Pengurus Tahunan LMA, yang menjadikannya pengurus pertama Inggeris untuk memenangi dua anugerah individu dalam satu musim.[41] Pada 27 September 2012, Pardew menandatangani kontrak lanjutan lapan tahun bersama kelab itu.[42]

Semasa tingkap perpindahan bulan Januari 2013, Pardew menandatangani beberapa pemain dari Ligue 1 seperti Mapou Yanga-Mbiwa, Mathieu Debuchy dan Moussa Sissoko. Pembelian baru itu membantu Pardew membawa Newcastle kepada suku akhir Eropah pertama mereka dalam tempoh 8 tahun selepas mereka mengalahkan kelab Rusia, Anzhi Makhachkala dengan agregat 1-0. Pada 14 April 2013, Newcastle kalah 3-0 kepada Sunderland di St. James' Park, kekalahan terbesar Newcastle di tempat sendiri kepada Sunderland sejak mereka kalah 4–1 pada bulan Februari 1979.

Pada 6 Disember 2013, Pardew dianugerahkan Pengurus Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan November selepas membimbing Newcastle memenangi keempat-empat perlawanan.[40] Dia kemudiannya membawa kelab memenangi perlawanan di Old Trafford dalam tempoh empat puluh satu tahun, mengalahkan Manchester United 0–1 pada 7 Disember 2013.[40]

Prestasi Newcastle menurun selepas itu menjelang akhir musim 2013-14,[43] dengan kelab itu tewas 15 daripada 21 perlawanan.[44] Rasa tidak puas hati peminat tidak dapat dibendung lagi semasa perlawanan terakhir musim di tempat sendiri pada 3 Mei, apabila Pardew (dan pemilik kelab Ashley) dikutuk oleh penyokong walaupun mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Cardiff City.[45] Walaupun begitu, dia mengekalkan kepercayaan pemilik Mike Ashley, dengan media, termasuk The Chronicle, melaporkan bahawa dia akan diberi peluang membina semula pasukan untuk musim 2014-15.[46][47] Pada bulan September 2014, dengan kelab itu berada di tangga terbawah liga, beberapa peminat mencipta laman web, Sackpardew.com untuk menghasut pemecatannya. Protes juga dirancang sebelum perlawanan menentang Hull City termasuk pencetakan 30,000 kertas menyeru pemecatannya.[48] Pada bulan November 2014, Pardew membimbing Newcastle kepada enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.[49] Pada 6 Disember 2014, pasukan Pardew mengakhiri rekod tanpa kalah Chelsea dalam semua pertandingan musim itu, selepas Newcastle menang 2-1 di St James' Park.[50] Pada 12 Disember 2014, Pardew dianugerahkan Pengurus Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan November 2014.[51]

Pada 29 Disember 2014, selepas pemecatan Neil Warnock, Pardew diberi kebenaran untuk berbincang bersama Crystal Palace tentang jawatan pengurus kelab itu.[52]

Crystal Palace

Pada 2 Januari 2015, Pardew disahkan sebagai pengurus baru Crystal Palace, menandatangani kontrak tiga tahun setengah bersama kelab itu selepas pakej pampasan £3.5 juta dipersetujui.[53] Dua hari kemudian, dalam perlawanan pertama dibawah kendaliannya, Palace menang 4–0 di tempat lawan ke atas kelab Conference, Dover Athletic dalam pusingan ketiga Piala FA.[54] Perlawanan liga pertama dibawah kendalianya adalh ketika mereka menang 2–1 ke atas Tottenham Hotspur.[55] Crystal Palace menyambung prestasi baik mereka dengan dua kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan 3–2 ke atas Southampton untuk layak ke pusingan kelima Piala FA.[56] Kekalahan pertamanya ialah ketika mereka kalah 0–1 kepada Everton pada 31 Januari 2015.[57] Pardew kemudiannya membimbing Crystal Palace kepada kedudukan terbaik liga mereka di tempat ke-10.[58]

Rujukan

WikiPedia: Alan Pardew http://www.bbc.com/sport/0/football/30257076 http://www.bbc.com/sport/0/football/30626587 http://www.bbc.com/sport/0/football/30860391 http://www.bbc.com/sport/0/football/30963529 http://www.espnfc.com/manager/4/alan-pardew http://www.espnstar.com/football/premier-league/ne... http://www.highbeam.com/doc/1P2-30404753.html http://www.leaguemanagers.com/manager/profile-348.... http://www.leaguemanagers.com/manager/profile.html... http://www.leaguemanagers.com/news/news-3919.html